Ahad, Jun 28, 2009

Hari Keluarga PERMATA


Hari Keluarga Dan Makan Malam PERMATA (Persatuan Mahasiswa Universiti Mu'tah) telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Jumaat bersamaan 26/6/2009. Program ini dijalankan semperna dengan sesi pentadbiran PERMATA yang akan berlabuh tirainya pada akhir bulan 7 ini. Disamping merapatkan ukhwah sesama ahli PERMATA.

Program ini bermula disebelah paginya jam 9.00 pagi dengan acara explorace jejalah Universiti Mu'tah dan berakhir jam 5.00 petang. (Berhenti berehat time solat Jumaat). Explorasi dibahagikan kumpulan mengikut biro-biro yang telah ditetapkan. Antara biro-bironya. Biro Akademik (BA), Biro Bimbingan dan Rohani (BBR), Biro Perhubungan (BP), Biro Kebajikan dan Penempatan (BKP) dan Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP).

Ustaz Sulaiman Merasmikan Majlis Makan Malam


Keputusan Penuh Explorace :

Juara Keseluruhan : BP

Juara Terpantas Explorace : BBR

Naib Juara : BBR

Tempat ke3 : BPP

Tempat ke4 :BA

Tempat ke5 : BKP

Tahniah dan takziah buat semua. Yang kalah tahun depan cuba lagi ya.

Bersama Artis Mu'tah Syahid Dol


Tepat jam 8.00 malam bertempat di Solah Abasi makan malam bersama pemimpin PERMATA dan Pengarah MSD. Segala penat lelah seharinya berjemur dibawah matahari terbalas. Majlis yang penuh riangnya bersama pengerusi majlis saudara Saiful Hilmi yang begitu sporting sekali. Diselangi dengan persembahan lakonan oleh ahli-ahli permata. Gelak dan tawa mereka menghilangkan rasa letih dan penat kami.

Gaya Segak Bayt Malizi


Majlis juga dimeriahkan dengan jemputan artis nasyid solo Mu'tah saudara Syahid Dol. Beliau sempat menpersembahkan 3 buah lagu. Terima Kasih dol hiburkan kami. Kepada tukang masak, sungguh enak masakan kamu. Lepas ni buleh buka katering pulak. hehe

Muka-muka keletihan explorasi


Terima kasih buat semua yang terlibat secara lansung dan xlangsung dalam menjayakan program ini. Semoga ukhwah kita bersama selamanya. Semoga benda yang manfaat ini diredhai olehNya. Ameenn

Kepada sahabat-sahabat ku yang pulang ke Malaysia dan bakal tinggalkan bumi Mu'tah. Selamat pergi dan pulang. Ingat-ingat lah kami time makan duriant tu. Klau ada lebih bawa la kat kami skit. Tak dapat durian, tempoyak pon buleh la. hehee


0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com