Jumaat, Ogos 07, 2009

Selamat BerGraduan

Selamat berkonvokesyen buat semua adik-adik seperjuangan yang bakal bergelar Graduan dan secara langsung akan memegang status alumni Darul Quran. Mesti adik-adik tidak sapat melupakan saat suka-duka dari mula sampai di Darul Quran. Bermula dengan program haluan siswa, mesti adik-adik merasakan ia baru semalam berlaku. Padahal ia sudah genap 3 tahun anda berada di bumi bertuah Darul Quran dan bakal memegang Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat@Dakwah.

Tahniah Untuk Anda Semua…

Tersentak rasa hati ini jika direfresh kembali memory setelah hampir 2 tahun meninggalkan bumi Darul Quran tapi ia seperti baru semalam berlaku. Sungguh cepat masa berlalu. Memang saat manis sepanjang di Darul Quran tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Disaat bergelar status ALHAFIZ. Allah yang tahu betapa beratnya memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan ini. Moga aku istiqamah Yallah. Ameen..




Masjid DQ, Tasik Huffaz, Sabar Menanti, Bidayah Restoran, Everlasting, Pakcik-pakcik Prebet, pakgat yang ensem-encem, cleaner yang baik-baik dan, banyak lagi kenangan yang menbuat aku ketawa dan menangis seorang diri tatkala mengigati kenangan di sana. Sungguh ajaib perasann ini yang terbina ini di bumi bertuah. Yallah permudahkan segala kerja buat hambaMu ini.

“Buat semua batch 05/08 HAFS yang sudah bertebaran dipelusuk dunia”.

Apa Kabar bakal-bakal mujahid islam semua?

‘Aku sangat Merindui Kamu semua’..

Huffazul Furqan Assolihun kenangan yang tak dapat dilupakan selamanya..





Selamat bejuang dan berjihat menegakkan Islam walau dimana anda berada. Doakan aku supaya menjadi orang yang hebat seperi kalian semua. Semoga Ukhwah Kita bertaut kembali di alam maya ini.


Yangmerinduisemua

Shakirshafiee


Tahniah Dan Takziah

Seramai 26 orang pelajar Darul Quran telah mendaftar di kampus induk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pelajar sulung program Ijazah Sarjana Muda Darul Quran seliaan USIM pada 13 Julai lalu. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di kampus Darul Quran selama 3 tahun dan akan dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Dengan Kepujian oleh senat USIM.

Program ijazah sarjana muda ini adalah sebahagian daripada perlaksanaan MoU antara pihak JAKIM dan USIM yang telah ditandatangani pada 26 Jun 2009. Ia juga merupakan satu usaha ke arah menaik taraf Darul Quran kepada Kolej Universiti pada masa hadapan. Ia juga membuka peluang untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di universiti tempatan.

Kumpulan pelajar ini akan mengikuti pengajian sepenuhnya di kampus Darul Quran Kuala Kubu Baru selama 6 semester. Program ijazah ini dianggap istimewa kerana siswa siswi hanya perlu melengkapkan 100 jam kredit untuk layak dianugerahkan ijazah Sarjana Muda. Subjek yang akan diambil setiap semester sama sepenuhnya dengan pelajar di kampus induk dengan beberapa pengecualian subjek.

Program ini dipantau sepenuhnya oleh pihak USIM dan dijangka kumpulan pertama ini akan mendapat tamat pengajian pada tahun 2011. Sumber http://www.darulquran.gov.my

Salam Perjuangan buat mantan romate saudara Muhammad Bin Isa kerana dipilih menjadi PRESIDEN Majlis Pewakilan Pelajar generasi pertama Darul Quran – Usim 09/11. Syabass.

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com