Sabtu, Disember 20, 2008

bila manusia mula bersangka-sangka...

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang memakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang memakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sedikit disangka kedekut
Orang yang baik disangka jahat
Orang yang jahat disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka sombong
Orang yang menawan disangka mengamalkan susukOrang yang ceria disangka membela

Siapa tahu??
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Siapa tahu??
Yang senyum itu kerana bersedekah
Siapa tahu??
Yang masam itu kerana mengenang dosa silam
Siapa tahu??
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Siapa tahu??
Yang ceria itu kerana cerdas fikirannya...

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan uhkwah seperti musnahnya kayu dimakan api

Setiap benda yang kita lihat membuatkan kita membina pelbagai kesimpulan.
Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya.
“Tegakkan Islam dalam diri kamu..
nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
-Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

1 comments:

rethna30 berkata...

Hi,

Nice blog.
If u have enough time please visit my blog

http;//rethnaraj.blogspot.com

Sincerely,
rethnaraj

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com