Sentiasa haus dengan ilmu Illahi
Sentiasa dahaga dengan pahala
Solatnya adalah maruah dirinya
Tidak pernah takut berkata benar
Tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Lelaki yang menjaga percakapannya
Tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki yang menghormati ibubapanya
Sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Boleh diajak berbincang dan berbicara
Sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Sentiasa mengingati mati
Baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaWi
Kerana dia mengimpikan Syurga Ilahi
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita berakhlak al-Quran
0 comments:
Catat Ulasan