Isnin, Mac 09, 2009

Kerana telah ku pilih jalanMu.


Inilah Pilihanku

Jalan yang membawa aku dekat pada Mu
Jalan yang telah engkau persiapkan
Jalan untuk kami tegakkannya di muka bumi
Bersama-sama dengan orang yg telah engkau pilih

Tapi Tuhan

Andai diri ini tidak mampu berjuang
Kuatkan dan tabahkanlah hati ini
Teguhkan hati Ku ini Ya Tuhan
Tabahkan hati kami ini Ya Rahim
Demi menggapai redha Mu Yang satu

Tolonglah Tuhan

Jika kerinduanku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan segera
Andai kasihku berlandaskan nafsu semata-mata
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Terima Kasih tuhan

Disaat ini aku masih dipilih
Untuk meneruskan janji Ku ini
Yang Ku lafazakannya dulu
Untuk diri ini meneruskan
Perjuangan yg belum selesai
Untuk meneruskan tradisi ini
Menegakkan Islam dibumi Mu ini


Dan kupohon Tuhan

Tetapkanlah iman di hati ini
Walaupun ujian datang menghujani
Ku harap ia tidak melemahkan diri
Utk terus melawan ujian duniawi

-Terima Kasih Tuhan -

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com