Jumaat, April 17, 2009

Filem Gay Pertama di Malaysia?

Hukuman yang Allah telah berikan kepada kaum Nabi Lut, bila tanahair kaumnya diterbalikkan dan ditimpakan ke atas mereka hujan batu yang maha dahsyat, sehingga menenggelami kawasan itu menjadi sebuah laut yang juga dikenali sebagai laut mati yang masih wujud sehingga kini yang terletak di antara Jordan dan Palestine. Pantai Laut Mati sebelah barat berada di wilayah Jordan manakala di sebelah timur terletak di Palestine yang kini dikuasai Kerajaan haram Israel. Nak tahu macam mana laut mati datang la melawat di bumi syam ini.

Usah kagumi laut mati yang boleh mengapungkan seorang manusia yang berbaring di atasnya saja tapi ingatlah kejadian yang mewujudkan tempat tersebut. Ambillah iktibar darinya, jangan lah menjadi orang yang matanya celik tetapi buta sebenarnya.

Cinta dan nafsu adalah kurniaan Allah yang perlu dibimbing dengan akal dan iman supaya ianya tidak disalah guna sehingga menjadikan hidup dalam kemurkaan Allah setiap masa. Sesuai dengan hadis nabi yang disampai oleh Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:”Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual).

Marilah kita semua berdoa agar Bumi Bertuah Kita Malaysia dijauhkan dari bala dan bencana di atas perbuatan kita sendiri yang jauh melampau dari landasannya dan dijauhkan dari budaya-budaya barat yang menbawa kita jauh dari agama Islam yang syumul ini. Ameen

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com