Rabu, Mei 20, 2009

Apakah salah kami...!!!


Surah Muhammad : 7 Maksudnya:

" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "


“Ket, hang nak cakap apa dengan arab nanti, Aku risaulah....” ujar Solihin.

Baru-baru ini, kami dikejutkan dengan dengan perbuatan yang boleh dianggap menzalimi dan dizalimi. Mungkin agak kasar bunyinya, tapi itulah realiti yang berlaku. Mungin ini satu dugaan bila berada di negara orang. Risau juga rasanya dalam hati ni. Tapi melihatkan sahabat-sahabat lain saya ni, yang terlalu risau memikirkan nasib yang berulang kembali ini membuatkan perasaan risau dalam diri menjelma. Klik disini untuk kisah selanjut.
.

“Bro, relakslah. Kita cuba cakap dan cari rumah baru dulu.” Kataku.

“Tapi, dimana kita nak cari rumah baru.? Mesti kita kena jelajah satu Mu’tah untuk mencari rumah untuk disewa? Pastu mesti kena bertutur dalam bahasa ammiah jordan?”,Ah. Satu masalah juga nak bercakap ni. Dah la baru 3 bulan kat sini. Banyak lagi mufradat tak cukup lagi ni. Kata sahabatku lagi sambil mengaru kepala memikirkan ape yang perlu dituturkan nanti..

Aku terdiam memikirkan kata-kata sahabatku itu.

“Nak ke tak nak kita perlu cari juga rumah sewa secepat mungkin, Hausemate kita semua exam hujung bulan nih takut tak sempat nak stady plak?”, spontan terlafaz dimulut Ruzaimy..

“Eh? Apa yang ko cakap ni Ruzaimy?”, tanya aku.

Hari ini juga kita pergi serve di sekitar kawasan Mu’tah. Pinta Solihin.. Tak sempat Ruzaimy mencelah..

Semua Terdiam....

Adakah ini ujian atau bala Allah? Satu persoalan bermain di fikiranku. Ya, sepanjang berada disini, berapa banyak dosa telah kami lakukan kesalahan. Tapi berapa banyak aku berdoa, agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan kesalahanku itu? Mungkin ini amaran dari Allah pada kami agar jangan lalai dengan mehnah dah tribulasi dan tipu daya dunia. Ingtlah niat asal kita datang kembali..

“Kita terlalu sibuk memikirkan apa salah kita pada orang lain. Tapi apakah kita fikir apa salah diri kita pada orang sehingga Allah menguji kita. “Tepuk dada tanya iman”.. Tapi ada tak dalam sesaat, kita diamkan diri berdoa diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan apa yang terkadi ini?”, tanyaku pada sahabatku itu.

Diam sejuta bahasa.......

“Dengan memikirkan satu jawapan, kita dapat hidup dalam kesenangan. Tapi dengan membina satu alasan, hidup sentiasa terbayang dengan masalah yang dihadapi..”

“Dengan satu jawapan, kita mampu menyelesaikan seribu masalah, tetapi dengan hanya satu alasan, kita boleh menimbulkan pelbagai lagi masalah.”

Dua kata-kata yang terbit di fikiranku. Ya, membina alasan, tandanya seperti kita sedang melarikan diri daripada berhadapan dengan masalah yang kita hadapi. Sedangkan mencari jawapan, bermakna kita adalah seorang yang cekal dan tabah berhadapan dengan setiap kesulitan dan kesalahan yang kita lakukan.

Berdoalah pada tuhan. Insyllah. Jalan kita akan dimudahkan. Kepada semua sahabat Bayt Malizi, janganlah kalian sedih dan rasa terabai kerana janji Allah itu pasti seperti di dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang nyatakan di atas tadi. Yakinlah bahawa Allah tidak akan sia-siakan segala pengorbanan Kita.

Think Positive! Buruk sangka hanya membantutkan usaha dan semangat kita. Berdoalah agar diberikan kekuatan, kerana dengan kekuatan kita bertemu dengan jawapan yang hakiki.

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com