Isnin, Mei 11, 2009

Salam Kembara Jordan


Kami di Petra (salah satu tempat ajaib dunia )


Sahabat-Sahabat Mahasiswa Dq

Ada Rezki Kita Datang lagi


Aku nak pergi jalan-jalan la.”
“Kemana ko nak pergi time-time nak exam ni?” Balas Solihin
.

Ketika itu dia sedang asyik menaip ym dengan laptop kesayangannya COMPAQ Presario 2345.
“Aku nak pergi petra dan mandi kat aqoba la.” Sambil
itu aku terus menyarungkan kasut Dr. Cardin kesayangan aku dan beg sandang Raniel Ray di sauk pada tubuhku.

“Assalamualaikum.” Aku terus berlalu dengan seribu pertanyaan dan persoalan

“Ket, Tggu la dulu!”
“Tak payah. Ko lambat sangat.” Balas aku.

“Waalaikummussalam.”

Solihin hanya dapat mengelengkan kepalanya melihat aku begitu. Dia mungkin dah masak dengan perangai kami. Sahabat yang sungguh mengambil berat terhadap ahli rumahnya.

“Solihin…! Hmm, Jom la! Kita ikut cadangan Ket!”

Bahu Solihin dipeluk oleh sahabat aku bernama Ruzaimy. Seorang ahli umah kami yang berwajah baru selepas 3 bulan perhempas pulas melayan rambut panjang yg mcm rebonding tu. Tp skrg dah hensem dengan rambut ala-ala mawi di zaman kegemilangannya.

“Jom, kita ke sana.

Bila?…” Balas Solihin,

Solihin mengajukan soalan pada Ruzaimy sambil menghirup kopi kapal api kesukaannya.

“Hujung Minggu ni!” Tiba-tiba aku muncul.
“Aik, bukan ko nak kuar ke tadi. Ni apasal tiba-tiba muncul.”
“Aku tak jadi keluar la?” Betul. Diluar sejuk plak

“Ket!.. Hujung minggu ni kita pergi petra dan aqaba. Dah cukup jangan banyak tanya…. Pintas Solihin dengan nada serius tp masih menguntum senyuman.

Alhamdulillah!

Tercapai cita-cita aku jugak…” bisik aku keseorangan sambil tersengeh.
“Ko uruskan bahagian coaster. Pinta Solihin!” S
ambil merenung tajam anak mata Ruzaimy. Bibir Ruzaimy terketar-ketar menjawab. “OooK bro, akan aku laksanakan.

Engkau Ket Siapkan makanan.”

Berapa je nanti kami bayar. Ya Allah.... Tolonglah aku!!

Tatkala hendak memikirkan menu apa yang aku siapkan nanti. Pening aku!! Solihin ni kejam!!...

Sanggup dia suruh aku jadi persegaran!..

..........................................................................................................................

Itulah serba sedikit dialog kosong yang akhirnya membawa kami berkunjung ke Petra (salah satu benda ajaib didunia) dan Aqaba (Laut Merah, Duty Free dan Permandangan Israel).

Perjalanan yg memakan hampir selama 12 jam. Sungguh penat dan meletihkan tapi ia adalah satu pengalaman pertama kembara di bumi syam ini..

Terima Kasih yg tak terhingga buat abang Said yg menjadi guide kami. Semoga Allah menbalasnya kembali.


0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com