Rabu, Jun 24, 2009

Pemimpin Pilihan Allah Bukan Pilihan Manusia

Pemimpin Kebenaran bukanlah dari orang yang kita sangka-sangka dan naik melalui jalan yang tidak diduga. Gambar Sekadar Hiasan

Rasulullah S.A.W semasa hayatnya baginda telah memberi tahu bahawa konstentinopel akan jatuh di tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan bala tenteranya yang baik.

Dan kebenarannya menerusi hadis Nabi SAW;

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

Maksudnya;
“Kota konstentinopel akan dibuka (dikuasai oleh orang islam). Rajanya adalah raja yang baik. Tenteranya adalah tentera itu


Tiada siapa yang dapat menduga bahawa Muhammad Al-Fateh yang dapat meng-Islamkan Rom (konstentinopel). Tapi Begitulah Kehendak Allah. Kota konstentinopel jatuh ke tangan Islam setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya. Hebatkan. Padahal sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba daripada generasi ke generasi untuk menawan kota konstentinopel.

Antara sahabat nabi yang berjuang ke arah membuka kota konstentinopel adalah Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Abu Ayub Al-Ansari. Dari kalangan khalifah selepas sahabat pula, seperti sultan Sulaiman, Khalifah Harun As-Rashid, Sultan Beyazid, dan banyak lagi, tetapi semuanya menemui kegagalan dalam usaha tersebut.

Siapakah Muhammad Al-Fateh?

Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang tokoh pejuang Islam yang telah mencipta nama di dunia islam sejak dahulu lagi. Kejayaannya menguasai kota konstentinopel atau lebih dikenali sekarang sebagai Istanbul mengkagumkan dunia Islam, malah menggerunkan dunia barat. Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 mac 1432. ketika umur beliau mencecah 19 tahun, bapa beliau, Sultan Murad mangkat. Menyebabkan, beliau terus mengambil tampuk pemerintahan.

Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan agama Islam secara formal, tetapi disebabkan sentiasa berdamping dengan As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali dan As-Syaik Bayram, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki menyebabkan beliau seorang yang mempunyai karisma kepimpinan bertaqwa yang tidak boleh dinafikan lagi. Ketika umur Muhammad Al-Fateh genap 20 tahun dia sudah menjadi sufi. Tiada siapa yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta meng-Islamkan kota konstentinopel dalam umur 23 tahun.

Era Pemerintahan Muhammad Al-Fateh

Kehebatan beliau semakin terserlah, walaupun baru sahaja berumur 19 tahun, tetapi kepakaran beliau dalam bidang ketenteraaan yang beliau pelajari secara formal menyebabkan beliau digeruni oleh musuh. Kegerunan musuh terhadap beliau, disebabkan dua faktor penting, iaitu keprofesionalan beliau dalam bidang ketenteraaan, juga ketaqwaan beliau terhadap Allah disebabkan mendapat dampingan dari ulama tersohor ketika itu.

Karisma kepimpinan yang bertaqwa ini, melahirkan kegerunan musuh. Ini kerana, sultan muhammad Al-Fateh pernah mahu dilekakan oleh kristian ortodok dengan perempuan dan harta yang banyak. Melihat pemberian dunia itu, menyebabkan Sultan Muhammad berjaya menepisnya dengan senang sahaja. Melihat ketaqwaan dari Sultan Muhammad Al-Fateh, menyebabkan musuh sudah mengagak dengan kejatuhan kota konstentinopel ke tangan tentera Islam.

Keadaan ini terbukti dengan kejayaan yang gilang gemilang dalam menguasai kota kontentinopel pada 30 mei 1453. Kemenangan yang disambut dengan laungan takbir, tahmid dan sujud kesyukuran, selepas peperangan meletus selama 53 hari. Kejayaan ini membanggakan umat Islam di seluruh dunia sehingga kini, malah beliau menjadi orang yang disayangi penduduk kota konstentinopel, tidak kira mereka itu muslim mahupun non muslim. Gambaran sayang mereka terhadap Sultan Muhammad Al-Fateh terbukti dengan titisan air mata mereka disaat kemangkatan Sultan Muhammad pada 3 Mei 1481, iaitu ketika umur beliau 49 tahun.

Demikian juga dengan Nabi kita Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Tiada siapa pun dapat menduga bahawa baginda seorang anak yatim piatu, miskin dan terbiar, tidak tahu membaca dan menulis. Keadaan ini sangat menguji orang besar, orang kaya, orang bijak pandai serta ulama-ulama ahli kitab dan orang yang terkenal pada zamannya. Sebab itu mereka mengingkari dan menentang Rasulullah. Mereka sombong dengan Allah. Mereka rasa mereka lebih berhak dan lebih layak. Sebab itu mereka jadi musuh Allah dan Rasul.

Demikian juga dengan iblis laknatullah. Asalnya beliau adalah ketua malaikat di Syurga, tetapi teruji dengan penciptaan Nabi Adam a.s. Dia enggan sujud kepada Nabi Adam sekalipun diperintahkan oleh Allah SWT kerana katanya dia lebih mulia. Dia lupa bahawa kemuliaan itu adalah pinjaman Allah dan dia sendiri hanyalah hamba Allah seperti Nabi Adam. Kerana kesombongan itu maka akhirnya Allah jatuhkan kedudukan iblis menjadi sehina-hinanya makhluk. Nauzubillah. Begitulah akibat tidak sedar diri, kita mestilah mengakui bahawa Allah boleh memilih siapa sahaja daripada hambaNya untuk dijadikan pemimpin ummah sekalipun yang dipilih itu orang yang tidak diduga oleh manusia.


Selamat Beralih Pentadbiran Permata sesi 08/09.


Doakan saya semoga kembara seterusnya ke makam Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga makan guru Shamsuddin Al-Wali di (kota kontentinopel) Turkey termakbul. Ameen

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com