Isnin, Jun 08, 2009

Futsal Asia 09


“Betul ke kita ada tournament pagi ni?”. Ujar ku dalam kebingungan.

“Apsal tak betul lak”. Jemi mencelah. Memberikan aku keyakinan.

Jam menunjukkan 07:30 pagi “Pertandingan Futsal Asia” akan bermula lagi setengan jam.

“Kita dah lewat ni jemi.” Relax la bro. Insyaallah. Bukan jauh mana pun tempat pertandingan tuh. Kat solah askari ja kan.

“Memang la. Kang tak pasal-pasal kalah tanpa bertanding.” Aku menjadi kusut.

Setibanya Disana..

Yaallah. Betul ke ada pertandingan pagi ni. Jam menunjukkan 8.15 pagi. Tak orang pon. Rupanya “JANJI MELAYU.” Hurmm.. Rupanya TEAM Malaysia yang paling awal datang pagi tu. Urusetia Majlis pon tak datang lagi. Sabar jelah.

Berita Penuh. Mari kita Baca.

SKUAD futsal kebangsaan (A) tewas 0-3 kepada Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A pada Perlawanan Futsal Persahabatan ASIA 2009 di Ulum Askari Mutah, Jordan pagi semalam. Anjuran Persatuan Pelajar Thailand, Jordan dan dibantu oleh The Royal Thai Embassy in Jordan. Yang berlangsung 2 hari 7 dan 8 Jun 2009.

Lebih malang, kita Malaysia kumpulan (A) dan (B) tidak mempunyai beberapa tonggak utama perlawanan untuk diturunkan pada perlawanan ketiga menentang juara bertahan, Thailand pagi semalam.

Ini kerana, kesemua tonggak utama Malaysia, tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan pada perlawanan ketiga hari ini.

Pengurus skuad futsal kebangsaan, Pak long berkata, Ketiadaan tonggak utama mungkin akan menyebabkan anak didiknya akan berkerja dengan lebih keras untuk memenangi perlawanan tersebut. Kalau tidak kekalahan besar akan berlaku, kemungkinan pesta gol akan berlaku juga.

"Kita ketinggalan 0-2 kepada Thailand (A) pada separuh masa pertama. Permainan memang 100% memihak pada Thailand. Disamping semangat juang yang ditunjukkan oleh anak didik Pak Long boleh dianggapkan cemerlang.

"Pada babak kedua, Tiang gol kita dibolosi lagi untuk kali ketiga, Dan memberi laluan mudah untuk Thailand (A) beraksi di pentas separuh akhir. Walaubagaimanapun semangat juang Malaysia (A) yang ditunjukkan haruslah diberi pujian.

Dengan episod malang tersebut, harapan Malaysia untuk menduduki dua tangga teratas kumpulan dan seterusnya layak ke separuh akhir tampak semakin sukar memandangkan Thailand (C)begitu gah membelasah Indonesia 6-2 pada satu lagi perlawanan Kumpulan A lewat pagi semalam.

Semoga program ini akan dianjurkan lagi dimasa akan datang untuk merapatkan ukhwah diantara negara-negara Asia disamping dapat mengenali adat,pertuturan dan budaya negara tersebut. Banyak manfaat yang penulis peroleh sepanjang menyertai perlawanan ini. Dapat bertukar-tukar bahasa dan loghat walaupun ada beberapa perkataan yang tidak penah lansung kita dengar. Hari ini dapat ditambah dalam kamus penulis. Jutaan tahniah buat skuad Malaysia. Menang kalah adat pertandingan, Tahun depan cuba lagi. Tahniah dah takziah wat para pemenang.

Wa'llahu A'lam

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com