Isnin, Jun 08, 2009

Paku dan Marah

Ada seorang pemuda yang sangat terkenal dengan sifat pemarahnya. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, Abangnya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini abang?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab abangnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu abangnya mengenai perkara tersebut dengan hati yang gembira. Abangnya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada abangnya dengan bangganya. Abangnya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata :

"Kau telah melakukannya dengan baik, adikku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."


4 comments:

A n i S berkata...

Salam,kett..
suka sgt dengan cerita ni..
terasa jugak sbb diri ni pun cepat sgt nak marahnya..heee...
pas bace entry ni,kena beringat la jugak..
supaya tidak meninggalkan lubang2 di hati teman2..kan?

GOOD POST,BRO~!!!

Mohd Shakir™ berkata...

Tu la. Ni cita ni mmg kesan sngt utk ket juga dan semua. Moga kita sama ambik iktibar ek..

muslim_milenium berkata...

...nice n good post... interesting!!.. moga istiqamah dlm beramal ....Hayyakallah kat!!!!

Shakir berkata...

Aiwah. Doakan Ket yer. Jdi power mcm man. heeee

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com