Jumaat, Jun 05, 2009

TerSuratnya Quran

Mari kita tengok keajaiban Al-Quran yang kita pelihara dari dulu sampai sekarang. Semuanya telah tertulis didalamnya.Subhanallah. Maha Suci Tuhan Semesta Alam kami pohon pada mu permudahkan lah segala kerja buat kami dalam menjulang Al-Quran seluruh pelusuk dunia tanpa mengira warna kulit dan rambut. Walaupun ada setengah yang dah tahu benda ni. Jadi kalau ada salah dan silap tegur la ya.

Hasil kajian seorang cendiakawan Islam daripada Ikhwanul Muslimin, Dr Tariq Al-Suwaidah mendapati beberapa keajaiban statistic dalam Al-Quran. Secara rimgkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan / Maksud disebut dalam Al-Quran

(Dunia) الدنيا / (Akhirat) = 115 / 115

(Malaikat) الملاءكة / (Syaitan) = 88 / 88

(Hidup) الحياة / (Mati) = 145/ 145

(Lelaki) الرجال / (Perempuan) = 24 / 24

(Bulan) الشهر / (Hari) = 12 / 365

(Laut) البحر / (Darat) = 32 / 13

Jika kita tambah jumlah perkatan yang membawa maksud laut dan darat, Maka jumlahnya ialah 45

(32 + 13 = 45).

Jika dibuat kira-kira (CALCULATOR) :

Laut 32 / 45 x 100 = 71.111%

Darat 13 / 45 x 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan di darat dunia kita sekarang.

Hebat tak Al-Quran walaupun dah turun 1400 tahun dahulu tapi dah tahu keadaan sekarang.

Banyak lagi benda yang kita tak tahu tentang Al-Quran ni lagi. Apa lagi lepas ni cepat-cpeat la buka Al-Quran pastu cari rahsia-rahsia yang belum dirungkai lagi. Tambah – tambah Hafiz dan Hafizah semestinya kena selalu mencari keajaiban dalam Al-Quran. Isyaallah, Moga usaha yang sedikit ini dikira pahala disisNya. Ameen..~~

Selamat Mencuba.


0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com