Sabtu, Jun 20, 2009

Trip To Jordan - Syria

Sekitar Makan Arba'in

Bak kata peribahasa melayu

“ Jauh perjalanan luas pemandangan dan pengetahuan”.

Susah nak dilafazkan dengan kata-kata dan hanya zikir-zikir Subhanallah,Hamdalah dan puji-pujian yg mampu diucapkan dalam hati, hanya kenangan yang mempu membuat aku mengukir senyuman tatkala berada seminggu di negara jiran Jordan –Syria. Alhamdulillah banyak sangat kenangan dan pengalaman yang dapat aku kutip untuk membina diri menjadi insan yang lebih berguna untuk diri sendiri dan masyarakat. Tapi yang sangat aku muskilkan kenapa orang syria yang aku temui semua megatakan aku mirip “Jakie Chan” macam xmasuk akal kan. Siap mengayakan aksi “stuntman” lagi. Banyak lagi pengalaman manis aku disana yang mahu dikongsikan. Tp tu la realiti aku siri kembara di tanah syam.

Ziarah Makam-makam

Sepanjang seminggu disana, kami banyak menhabiskan masa dengan melawat makan-makan nabi Allah a.s, banyak sangat makan-makam yang terdapat disana contohnya. Antara maqam yang sempat aku ziarahi pula ialah Maqam Nabi Allah Yahya a.s., Maqam Ummul Mukminin Saidatina Ummu Salamah r.ha, Maqam Ummul Mukminin Saidatina Ummu Habibah r.ha, Maqam Kepala Saidina Hussin r.a., Maqam Saidina Muaz bin Jabal r.a., Maqam Saidina Abdullah bin Maktum r.a., Maqam Saidina Bilal bin Rabah r.a., Maqam Sultan Salahuddin al-Ayubi rah.a., Maqam Sultan Nuruddin al-Zenki rah.a., Maqam al-Hafiz Ibn ‘Asakir rah.a. dan beberapa maqam lagi yang terlalu banyak aku ziarahi.

Rumah-rumah Allah

Satu perkara yang kita tidak dapat di tanah air ialah suasana masjid yang hidup dipenuhi orang awam sepanjang waktu. Dan selepas waktu solat dihidangkan dengan tazkirah dan ceramah agama. Masjid disini bertebaran sekitar jarak 300 meter sebuah. Antara masjid yang sempat aku lawati ialah Masjid Umawi, masjid ini adalah berasal dari gereja di zaman Rom kemudian di jadikan sebagai masjid sewaktu zaman pemerintahan Islam. Masjid ini juga diberitakan akan turunnya Nabi Isa a.s. di salah satu tiangnya. Dan Masjid Tahzim, aku sempat mengikuti haflah zikir Tariqat Assyaziliyyah yang mana diikuti juga oleh salah seorang Syeikh Qurra’ Syria Syeikh Syukri Al-Luhfi.

Syukran Jazilan

Jutaan Terima Kasih buat Zool Amali dan ahli rumahnya yang sudi memberikan kami tempat pelindungan dan makan “Five Star” sepanjang kami disana. Serta abang-abang senior aku di dq terutamanya Abang Hairul Faizal selaku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) serta ahli rumah Bayt Setinggan Dq kerana menghidangkan kami laksa penang yang sungguh sedap sekali. Ustaz Wan Noor dan Isterinya serta Ustaz Izwan dan Isterinya. Semoga jasa baik anda hanya Allah yang mampu membalasnya.

Maksud Firman Allah s.w.t .

“Bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah akibat pendustaan oleh orang-orang terdahulu”.


4 comments:

camarputih berkata...

slm..ket,nnt kt g trip ke turki,lubnan,ireland,iraq noh!pastu hang boom kat blog hang,perkh!!terbaik ket!

Shakir berkata...

Haha. Duit pong kena boom lakan. Kalau x amman pon xsmpai. haha

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid berkata...

wei...
xkan dua keping je gambaq???..
aku nk tgk gambaq2 terbaru syria..
sat g aku mai balik ngan zaujah aku plak..
hahah

Shakir berkata...

Wah. Pkat duk sebut Zaujah je skrg. Jelus ni hee.. Ada lagi tggu siri ke2. heeee. Jgn ketinggalan.. haha

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com