Isnin, Jun 22, 2009

Titik Noktah Terakhir

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Tegurlah diri ini selalu..

Tegur saya, Jangan jadi anak yang derhaka, mak ayah jangan dilupakan, usah diluka hati dan perasaan orang lain. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Andai saya terlupakan tuhan walaupun seketika, Dalam kelapangan masa dan kesibukan Dunia, Dalam kesenangan dan kesusahan Dunia. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Jika kembara ilmu saya tidak digunakan sebaiknya. Belajar ilmu alam sebanyaknya sebelum pulang di medan sebenarnya. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Andai saya melukakan hati, pernah sakitkan hati, sengaja atau tidak sengaja. langsung atau tidak langsung, pandang atau terlepas pandang. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Jika tutur kata menguris hati. walau lidah tidak bertulang tp mampu tikam kawan sendiri. Ingatkan. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Jika membuang masa berYm & chat dan sebagainya, mungkin ia mampu melalaikan dari mengigati Tuhan. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Jika pernah berhutang segalanya , dan tuntutlah pada warisku jika aku tiada. Mungkin ajal aku ESOK!

Tegur saya, Jika banyak bercakap kosong, mungkin diganti dengan membaca Al-Quran dan bermunajat pada Tuhan. Mungkin ajal aku ESOK!

Mungkin Ini terakhir teguran dari kamu. Mungkin terakhir peluang untuk berubah dari ku. Yaallah berikan lah diri ini kekuatan untuk mengapai syurgaMu. Redhoilah aku untuk berada dibumi Mu ini untuk membawa bekalan kelak. Aku merindui untuk bersama bidadariMu dan syahid dijalanMu. Moga teguran dari kamu dapat membina diri ini menjadi manusia yang luar biasa bukan manusia biasa.


3 comments:

iKa berkata...

Kematian orang lain adalah generator untuk mengusik kalbu kita, bahawasanya satu hari nanti akan tiba giliran kita pula.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..

(Surah Ali Imran- 185)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Abi Hurairah Radiallahuanhu yang bermaksud:

"Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah segala amal ibadatnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang salih yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya."

p/s : sma2 lah kite b'amal..utk d bekalkan d sna kelak..

shakir berkata...

Semoga kita mendapat tmpt bersama org2 yg soleh.. Amenn

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari mati

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com