Selasa, Julai 07, 2009

ADIL pada diri sendiri : Anda mampu mengubahnya

Firman ALLAH S.W.T. bermaksud:


'Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah kamu, sujudlah dan sembahlah ALLAH Tuhan kamu, serta kerjakanlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan/kebahagiaan. Dan berjuanglah kamu pada jalan ALLAH dalam erti perjuangan yang sebenarnya.'

(al-Haj: 77)


Perjuangan setiap Muslim bukan semata-mata untuk diri sendiri semata-mata bahkan untuk saudara-saudara Muslim dan masyarakat keseluruhannya. Perjuangan kerana ALLAH untuk kebaikan seluruh manusia adalah dituntut berbanding perjuangan untuk diri sendiri, keluarga sendiri atau kaum sendiri.


Perjuangan Islam adalah perjuangan sejagat tanpa mengenal etnik,warna kulit, rupa paras dan kedudukan. Islam tidak memperjuangkan hanya satu bangsa tetapi seluruh bangsa manusia. Itulah indahnya perjuangan Islam jika ditafsirkan sedalam-dalamnya menggunakan akal dan ilmu. Bahkan mereka yang berada di luar Islam juga memandang tinggi dan hormat jika umat Islam benar-benar mengamalkan Islam mengikut landasan ALLAH S.W.T. dan Rasulullah s.a.w.

Sinar pasti muncul kembali

Sistem Islam yang cantik

Kemanusiaan, dan agama-agama tidak dapat menerima suatu keadaan di mana sang isteri mengguna saluran pilihan raya keluarga bagi melucutkan kedudukan sang suami sebagai pemimpin keluarga. Si isteri tiada manifesto untuk menundukkan manifesto sang suami. Tiada lagi kes yang kita dengar setakat ini di mana si isteri akan berkempen kepada anak-anaknya,

"Ayuh sekalian anak-anakku. Kita tuntut perubahan. Ubah sebelum parah.

"Ayah kalian sudah terlalu lama memerintah di rumah ini!

Lihatlah, wajah ibu ditamparnya.

Tubuh kalian sudah berapa kali disebat dengan tali pinggangnya.

Undilah ibu sebagai Ketua keluarga!!!"


Sebab itulah Islam melihat talak sebagai jalan keluar jika isteri tidak lagi mempercayai si suaminya sebagai pemerintah keluarga. 'Bai'ahnya' kepada suami boleh dibatalkan dalam mahkamah syariah di depan qadhi. Ini semua berkaitan kepercayaan ke atas kepemimpinan. Ini perkara besar.


Pemimpin yang tak disangka-sangka


Sebenarnya, kita boleh gambarkan sebagai kepimpinan yang berteraskan kepada kepercayaan, kita dapat melihat bagaimana percayanya Allah s.w.t itu kepada Adam a.s dan keturunannya sebagai khalifahNya di atas muka bumi ini.

Berdasarkan sejarah, malaikat memberikan bai'ah dengan sujud tanda mereka percaya kepada Adam a.s sebagai khalifah. Itu pun pada mulanya para malaikat menimbulkan persoalan kepada Tuhan. Tanya mereka, "Bukankah kami (malaikat) sentiasa memujiMu dan mereka itu (manusia) akan sering melakukan kerosakan lalu bersengketa dan saling berbunuhan?"

Ini kerana, malaikat pada mulanya tidak percaya kepada Adam dan keturunannya untuk memerintah di bumi ini. Tapi, akhirnya mereka akur setelah Allah s.w.t, zat yang maha agung sendiri memperlihatkan kekuatan dan ketajaman ilmu Adam a.s sebagai prasyarat yang melengkapkan pemerintahan mereka sebagai khalifah di bumi itu.

Ertinya, Tuhan sendiri percaya kepada Adam dan meminta malaikat memberikan bai'ah tanda percaya kepada Adam. Lantaran itulah, malaikat pun diberikan bermacam-macam pernghormatan, memberi ilham, membawa rezeki seperti hujan, mendampingi manusia untuk mencatatkan amalan-amalan manusia dan sebagainya.

Yang enggan sujud berbai'ah dan mengiktiraf kepimpinan Adam a.s dan zuriatnya adalah Iblis dan keturunannya. Mereka inilah musuh insan atau manusia sehingga kiamat. Mereka terhina dan terlaknat sampai kiamat. Sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka turut terhina.

Antara manusia yang menjadi penguasa ini ramailah yang mengikuti jejak langkah syaitan dengan mengikuti pesanan ahli sihir dan menyimpan mereka dalam istana seperti Fir'aun.

Akhir sekali, Undilah sebagaimana kita mahu berbai'ah dalam mencari pemimpin yang amanah. Tetapi, jangan dilupakan bahawa antara ciri pemimpin yang baik itu adalah mereka yang memiliki empat sifat-sifat kerasulan seperti Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Mengundi dan memangkah kertas undi ertinya kita mahu berbai'ah atau percaya bahawa calon itu boleh memerintah dengan baik atau sebaliknya.

Satu undi, satu nilai yang sangat berharga.

Berbai'ahlah dan undilah kepada pemimpin yang kita percaya. lakukan sebanyak yang mungkin solat istiqarah dan hajat. Moga kita dapat petunjuknya. Ingatlah segala kerja buat kita semua akan disoal kelak nanti. Jangan hanya menjawab tak tahu. Sama-sama kita fikirkan. Selamat mengundi buat semua warga Malaysia Jordan.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com