Isnin, Julai 06, 2009

Roadshow Gema Al-Aqsa 2009

Iklan Roadshow Gema Al-Aqsa 2009

Ayuhlah wahai pemuda-pemudi Islam Malaysia seJordan, marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi roh perjuangan sahabat-sahabat seakidah, seislam, sealiran yang berada di Palestin yang kini berada di dalam ketakutan, kebimbangan serta tidak aman dari kejahatan zionis laknatullah. Marilah kita sama-sama mengambil bahagian dalam program Roadshow Gema al-Aqsa 2009 yang akan di anjurkan di setiap mantiqah supaya dengan tindakan kita ini, menjadi salah satu cara untuk menambah kefahaman lebih mendalam dengan isu Palestin kepada diri kita sendiri serta menambah rasa kecintaan terhadap sahabat kita di sana.

Sehubungan dengan itu, program tersebut akan dirasmikan di Mu`tah pada 20 Julai 2009 ( hari isnin jam 8:00 pm) dan seterusnya akan berterusan di Mafraq, Amman dan berakhir dengan acara kemuncak di Irbid pada 23 Julai 2009. InsyaAllah, tabung bantuan untuk sahabat-sahabat kita di Palestin akan di sediakan. Di harapkan sahabat-sahabat sekalian dapat memberi sumbangan seikhlas-ikhlas yang mungkin. InsyaAllah segala usaha kita dalam membantu mengurangkan beban sahabat-sahabat di Palestin akan di nilai di sisi Allah s.w.t.

Ayuhlah semua...!!!

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com