Khamis, Julai 30, 2009

Ahlan Wasahlan Mahasiswa

(Klik untuk besarkan gambar)

SELAMAT datang pelajar baru sesi 2009 / 2010 yang bakal mendaftar di Universiti Mu’tah Jordan pada penghujung September ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baru yang diterima masuk. Saudara-saudari merupakan golongan bertuah kerana hanya 135 orang calon sahaja dipilih untuk memasuki Universiti Mu’tah Jordan bagi sesi 2009/2010 ini.

Saya berharap saudara-saudari akan menghargai peluang yang diberi kepada anda dan akan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan cemerlang di bumi Mu’tah ini. Walaupun angka ini adalah yang terbanyak dalam sejarah pengambilan pelajar baru di sini. Moga kuantiti yg banyak ini dapat menkaderkan bakal pejuang Islam di bumi Mu’tah ini

Akhirnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua yg bakal terlibat dengan pendaftaran dan sambutan pelajar baru dan Program Minggu Haluan Siswa Anjuran MPPMJ.


Untuk maklumat lanjut sila layari www.permatajordan.com


Sekian ..


“PERMATA MATANG 2009”

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com