Rabu, Julai 22, 2009

Rezeki Orang Perantau

Kata-kata semangat buat pejuang Islam


Rezeki orang perantuan. Itulah salah satu kelebihan yang yang tidak semua orang dapat rasakan di tanah air sendiri. Walaupun berjauhan tapi semangat untuk bertemu dengan bakal pejuang bangsa dan agama tidak dihampakan. Di Malaysia mungkin susah untuk bertemu secara dekat dengan pimpinan kita, tapi disini segalanya mudah dan tidak perlu protokol yang bersangatan.

Tepat jam 9.00 pm waktu tempatan, kami mendapat kunjungan delegasi besar Selangor seramai 5 orang dari exconya dan Timb. Lembaga Zakat Selangor. Rombongan ini diketuai oleh Dato Dr Hasan Ali serta isteri tercintanya.

Mereka dalam siri rangka kerja melawat dan menziarahi pejuang-pejuang Islam di bumi Syria, Jordan dan tidak ketinggalan bumi Mesir untuk melihat sendiri anak-anak mereka disini disamping membantu dari segi buah fikiran dan dll. Rasanya tidak perlu terangkan sapa beliau. Semua sudah makruf siapa beliau di Malaysia.

Laungan TAKBIR menghangatkan lagi majlis. Ujar salah seorang sahabat.

Dalam ucapannya banyak kata-kata semangat dan peransang yang beliau taburkan untuk semua ahli PERMATA walaupun umur beliau yang sudah mencecah 62 tahun tapi beliau masih mampu berkomunikasi dengan baik secara dua hala dengan kami. Banyak pengalaman suka dan duka sebagai seorang pelajar aliran secular ini yang beliau ceritakan. Tapi apa yang megagumkan saya ialah walaupun berlainan bidang tapi beliau mampu terjun ke masyarakat untuk memperbetulkan aqidah umat Islam khususnya di Malaysia. Rahsia yang menyebabkan beliau sehebat begini adalah lain dan tidak bukan disebabkan USRAH. Bagi beliau usrah merupakan tempat untuk mengasahkan bakat-bakat yang terpendam dalam hati yang mampu mengoncang dunia andai ia dijalankan secara berterusan dan istiqamah. Kalau tak percaya carilah usrah yang mampu membina jati diri anda sendiri didalamnya.

Public speaking atau pengucapan awam juga terbentuk di dalamya. Kata Datolagi.

Beliau juga ada menyentuh mengenai perjalanan infrasuktur Negeri Selangor sepanjang Pakatan Rakyat memerintah negeri tersebut. Seperti pembangunan Kuis Unisel, Iqkl dan dll. Pengumumam kenaikan derma zakat sebanyak RM12 000 kepada 16 000 kepada semua anak-anak Selangor yang berdaftar benar-benar munyuntik semangat terus belajar dengan bersungguh dan mengunakan wang tersebut di jalan yang sepatutnya. Anak-anak selangor hanya mampu tersenyum dan bersyukur denagan pengumunan itu.

Dapat duit banyak tu jangan la lupakan kami. Ujar anak Kedah.

Moga dengan kunjungan dan harapan beliau dapat kita sama mencari ilmu sebanyak yang mungkin seperti kata beliau cari ilmu dari kulit ke kulit (talaqqi) seperti yang berlaku di Syria, bagi beliau ia merupakan sistem pembelajaran yang paling berkesan dan mampu menkaderkan ramai pejuang agama yang faham dan mampu beramal dengan ilmunya. Insyallah segala ilmu yang kita dapat akan dicurahkan setelah kita kembali ke Malaysia kelak. Amenn

Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama.

Al fakir ila Allah

shakirshafiee

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com