Isnin, Julai 20, 2009

Gema Al-Aqsa 2009

Firman Allah Taala :

(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) Yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang Yang rugi (di dunia dan di akhirat)". Al-Maidah : 21

Sakit hati!!

Dendam Membara!!

Panas! Panas! Panas!!


Itulah ungkapan dan perasaan yang dapat diungkapkan selepas berakhirnya ceramah penerangan dan penjelasan tentang isu-isu penting mengenai bumi Palestin yang bertempat di Wisma N9 Mu’tah Jordan walaupun mungkin dalam keadaan yang panas dan kurang selesa tapi kita perlu ingat, kepanasan dan keselesaan hidup dalam kepadatan rakyat seramai 1.5 juta orang sebesar Teluk Intan, Perak mampu diduduki dan bertahan untuk tanah air tercinta. Itulah saudara-saudara kita di semenanjung Gaza. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dibumi Malaysia. Program ini dengan anjuran Aman Palestin dengan kerjasama MPKJ, BKAPJ dan JPMJ akan membuat roadshow GEMA AL-AQSA megelilingi 4 buah Negeri. Bermula di Mu’tah, Mafraq, Amman dan berakhir di Irbid.

Sambutan yang sangat mengalakkan dari semua ahli PERMATA dengan Perasmian oleh dan ucap tama Presiden PERMATA 09/10 Ustaz Ahmad Amiruddin Bin Ibrahim benar-benar menghangatkan majlis pada malam ini. Dengan Bertemakan ‘Semarak Ruh Perjuangan’ benar membuat hati-hati kami bersatu untuk hadir sama-sama kemajlis ROQS 09.

Perasaan geram dan dendam mula kembali membuak di hati tatkala mendengar dan melihat siri-siri kekejaman Zionis keatas Palestin yang ditayangkan oleh wakil perunding Aman Palastine sendiri Mejar Nadri Bin Musman. Kezaliman ke atas palestin ini bukanlah satu benda yang baru bagi kita semua. Tapi ai satu perkara dan perjuangan yang akan berlaku sampai hari kiamat. Rasa sensiviti terhadap saudara kita disana mesti perlu diteruskan dengan apa bentuk dan cara sekalipun biar pun nyawa dipertaruhkan. Ruh semangat ini perlulah disemai supaya ia tidak luntur dan takut bila berhadapan dengan musuh-musuh Allah ini. Ingat dan percayalah dengan janji Allah dan Rasulnya Kemenangan akan berpihak pada kebenaran yang hakiki. Insyallah

BOIKOT, DERMA DAN DOA

Apa yang kita boleh lakukan?

-Tingkatkan kesedaran dalam diri sendiri & terhadap saudara seislam.

-Hulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sekalipun.

-Sebarkan maklumat mengenai kepentingan isu Palestin dan siri kekejaman rejim Zionis.

-Mengadakan pameran, forum-forum dan perbincangan serta hari memperingati Palestin di tempat kita.

-Perbanyakkan doa kepada Allah agar menyelamatkan al-Aqsa dan kemenangan umat Islam.

-Memboikot barangan dan produk yang menyumbang kepada Israel dan sekutu-sekutunya.


0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com