Ahad, Julai 19, 2009

Israk Mikraj : Muncul Kembali


Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang telah disebutkan surah al-Israk ayat satu yang berbunyi :

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Pejam dan senyum sambil hayati sirah perjuangan baginda

Sebagai rasa cintakan Islam dan baginda Rasulullah s.a.w, kita janganlah melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia mungkin bagai ditunggu-tunggu oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Hayatilah dengan hati yang tulus murni sabagai tanda kita sayangkan Islam dan Baginda dan juga beriltizam untuk berjuang menegakkan agama Allah tanpa mengira sama ada dalam keadaan susah atau senang.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda. Ia juga dianggap salah satu siri-siri daripada 'Sirah Nabawiyyah’ yang perlu kita ketahui dan menghayatinya. Tetapi apa yang penting kita diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).

Persamman antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal lagi oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. Dan menjadi tanggungjawab kita dan semua pihak khususnya umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel dari terus ditindas.

Menerusi peritiwa Israk dan Mikraj juga ialah terkandung di dalamnya pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan tangga seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu selesai dengan Tuhannya, maka akan selesailah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Dari Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan."

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com