Ahad, Julai 19, 2009

Tahniah dan Takziah

Firman Allah Ta’ala

Dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya. Al imran :54

Tahniah Ahmad Amiruddin Bin Ibrahim (Presiden PERMATA 09/10)

Segala gerak kerja dan perancangan sebelum program yang begitu disiplin dan teratur menyebabkan Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA 08/09 berjalan dengan lancar sekali. Tepukan yang tidak berbunyi untuk diri sendiri. Segala komitmen 200% yang diberikan dan ditunjukkan dari semua ahli,ajak dan perwakilan haruslah diberikan pujian. Tiada kata yang mampu aku lafazkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.

Syukur padaNya

Aku turut sujud syukur atas kejayaan kita melaksanakan program yang besar ini walaupun baru disini tapi kami diberikan kepercayaan untuk mengalas tugas yang berat ini bersama-sama, dan kami berjaya lakukan dengan terbaik walaupun terdapat sedikit masalah teknikal dan sebagainya. Bagi aku ia adalah pengalaman yang perlu aku kutip sebanyak-banyaknya sebelum meninggal bumi bertuah ini. Tiada kata yang mampu aku lafazkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.

Pembubaran PERMATA 08/09

Setiap permulaan ada pengakhirannya

Salam Tahniah dan Takziah aku aku ucapkan kepada semua pimpinan baru 09/10 tidak ketinggalan juga pimpinan lepas 08/09. Ingatlah kita semua ada mata-mata rantai perjuangan Islam untuk tegakkan Islam. Ingatlah kamu semua.. Amanahkanlah segala gerak kerja kamu, kerana itu semua akan dipertanggungjawabkan kelak disana. Kekal kan lah perpaduan dan ukhwah diantara kita bersama sampai bila-bila. Tiada kata yang mampu aku lafazkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.

Simbolik Perasmian Penutup

Mohon Maaf

Bagi pihak Ajk pelaksana AGM 08/09 kami memohon seribu kemaafan seandainya kami tidak mampu buat yang terbaik dari yang lebih baik. Dan kami dah cuba untuk buat yang terbaik. Dan hasilnya kamu semua dah lihat. Yang baik semuanya dari Allah, yang buruk dan lemah adalah dari kami semua. Hakikatnya semua dari Allah tapi disandarkan pada diri kami yang hina ini. Semoga kita bersama-sama jumpa lagi di AGM 09/10 tahun hadapan. Insyallah

Shakirshafiee Ahad 12.30pm

2 comments:

hafizquran berkata...

salam ket..

mantop2..

cuma awat gambaq kedua tu nampak dua orang je hadirin?

xkan 2 je yg hadir..:)

hehe..jgn mare ket..melawak je

Shakir berkata...

Salam.. huhu..
Tu tempat exco2 yang kat atas pentas tu.
Perwakilan kat tepi.. Hehe

Xmareh.. sayang.. huhu

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com