Khamis, Julai 16, 2009

Tetamu Allah : Meriah Bayt Mailzi


“Bayt Malizi ada tetamu dari bumi Mesir nanti Ket”. Ujar jemi.


Aku masih dalam lamunan tidur terjaga tatkala telepon berdering (alarm je..), memecahkan mode tidur aku petang tadi. Walaupun penat berkempen calon-calon pilihan hati.


“Bila dorang akan sampai”? Aku menyoal.


Petang ni. Insyallah.


Mencari kambing "Hitam"


Tepat jam 5.00 petang waktu Jordan, tetamu allah dari bumi Dumyat dan Tanta, Mesir tiba di tetatak buruk Bayt malizi. Rombongan seramai 3 orang selamat mendarat dibayt malizi dgn disambut dengan senyuman dan air kopi oleh tuan rumah abe Izul dan aku sekali. Keletihan jelas terpancar di muka mereka. Hampir 5 jam perjalanan dari Aqaba ke Karak. Memang sungguh mencabar perjalanan mereka di musim soifi yang membahang panasnya. Teringat pepatah melayu ada berkata “Jauh perjalanan luas pengetahuan” segala keletihan akan hilang dan diganti dengan pengalaman yang baru. Kami juga sempat berbual sebentar dan berkenalan serba sedikit sebelum kembali menyambung membuat kerja masing-masing.


Inilah kali pertama rumah baru ini dikunjungi oleh sahabat-sahabat dari luar Jordan. Mereka dalam rangka kerja menghabiskan musim cuti fasal sambil menziarahi bumi-bumi anbiya Jordan, Syria dan singgah sebentar berhenti musafir di bumi Allah yang bernama Mu’tah ini yang menjadi destinasi mereka sebelum menyambung kembali jaulah mereka . Inilah kelebihan menuntut ilmu dinegara asing. Banyak negara dapat diterokai dengan mudah tanpa had dan sempadan. Asalkan mempunyai syarat dan terma yang cukup dan yang penting fulus juga kena stabil, baru perjalanan tidak tergangu dan berjalan dengan lancar. Ngeh..3x ~~lalala


SeMoga tetamu Allah ini membawa barokah dan hikmah buat rumah bayt malizi.


AGM PERMATA 2008/2009

Mesyuarat terakhir untuk AGM kali ke-10 baru sahaja selesai sebentar tadi. Semoga segala perancangan kami akan berjalan lancar. Setakat pembentangan tugas dari ketua unit aku dapat rasakan yang Agm tahun ini akan berjalan dengan lancar 100% kalau semua bekerja dengan bersungguh tanpa ada niat lain.


Mmg penat sangat hari ini. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk terus thabit di jalanMU.Moga hari esok aku dapat melihat dunia Mu’tah lagi. Esok jangan lupe turun mengundi. Masa depan Mu'tah ditangan anda. Jangan sia-siakan nya.


0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com