Rabu, Julai 15, 2009

Selamat Berkempen

Firman Allah Ta’ala

“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. An-Nisaa : 59

Sabda RasuluLlah s.a.w

”Apabila keluar tiga orang dalam satu perjalanan hendaklah salah seorang mereka yang menjadi pemimpin” (Hadis Riwayat al–Bazzar)

Kepanasan kian dirasai

Tinggal berapa hari dan tika lagi, pentadbiran PERMATA sesi 2008/2009 akan melabuhkan tirainya dan akan diganti dengan pentadbiran yang baru sesi 2009/2010. Tahniah dan takziah buat semua calon-calon yang telah layak untuk diundi. Ingatlah kamu semua amanah yang kamu akan tangung adalah sangat berat untuk dijawab dan dipersoalkannya kelak. Laksanakanlah tugas kamu seamanah yang mungkin, moga kepimpinan yang akan naik selepas ini adalah yang terbaik dari yang terbaik untuk masa depan PERMATA umumnya dan ahli-ahlinya khususnya. Segala-galanya akan terbukti nanti.

“Yaallah Berikan petunjuk dan hidayah kepada kami dalam memilih pemimpin yang bakal kami pilih nanti dan mudahkanlah segala gerak kerja buat kami. Amen”

Ragam Dan Fi’il

Tidak dinafikan semua calon-calon yang layak bukanlah calang-calang orangnya. Semuanya mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Bagi aku kesemua bakal pemimpin mempunyai bakat dan daya kepimpinan yang tersendiri, rasanya tak perlulah aku senaraikan satu persatu syarat-syarat untuk mengundi siapa. Biarlah semua membuat perhitungan untuk memilih pemimpinnya sendiri yang dinamik, bijaksana dan bergerak secara radikal sebaris dengan mahasiswa-mahasiswa tempatan. Ini suatu perubahan yang besar yang aku harapkan akan berlaku dalam pentadbiran PERMATA kali ini. Biarpun berbeza fikrah dan latar belakang tapi kita mampu duduk bawah satu bumbung berbincang dan berlapang dada untuk begerak dibawah satu bumbung nanti.

Berkempenlah

Sesiapa sekali pun yang menang atau kalah, benar atau salah, mereka semua adalah sahabat aku. Hidupkan blog anda untuk menyampaikan isu-isu dan untuk mengangkat calon-calon anda. Tidak pun hangatkan dengan “peperangan YM, BUZZ memBUZZ” kabinet bayangan masing-masing, poster gergasi kalau rasa perlu la, banner dan sebagainya. Mungkin akan menghangatkan lagi kempen pada tahun ini. Ayuh kawan-kawan semua bangun dari lenamu. Kalau anda sayangkan calon-calon pilihan anda. Ada pun semangat perang ini wujud tapi diharapkan pada semua adab-adab dan tutur kata perlulah diutamakan semoga apa yang kita lakukan ini mendapat redha disisinya bukan hanya sia-sia sahaja.

Peringatan untukku

Hukum Allah Subhanahu wa Ta’aala menetapkan mana-mana sahaja kuasa yang tidak patuh kepada hukum alam and tuannya, akan hilang daya survival. Justeru isilah kemenangan dengan KERJA dan KAJIAN, agar tertunai seperti pesan al-Marhum Sa’id Hawwa

“… agar kita tidak bergerak jauh dari keperluan semasa”

Bacalah perubahan yang berlaku di dalam situasi kita. Manfaatkan prinsip-prinsip Islam yang teguh untuk membentuk kecenderungan masyarakat agar sentiasa memuliakan keadilan dan amanah. Justeru dalam sehari dua berbaki sebelum PRK Mu’tah akan datang, isilah masa ini dengan agenda membentuk manusia dan jati diri. Perbanyakkan Solat Hajat dan Istiqarah. Semoga kita mendapat petunjuk darinya.

Selamat mengundi!!!

Cemerlang Maju Gemilang

“Permata Matang 2009”

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com