Rabu, Julai 15, 2009

Umar bin Abdul Aziz : Pemimpin Tauladan Kita

Firman Allah swt yang bermaksud :


Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Muhammad : 7

Yunus bin Abi Syabib berkata:

“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling kaabah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerana gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya, pasti aku boleh melakukannya.”

Maslamah bin Malik berkata:

“Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.” Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”


“Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir menikmatinya,” ujar Umar Al Khattab





Amru bin Muhajir telah menyebut:

“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya :

“Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham (perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya, seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab: “Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

Di zaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka. Sumber : www.dakwah.org

Bagaimana seorang pemimpin akan dapat berjuang kalau dia sendiri tidak merasakan apa yang dirasakan rakyatnya. Sikat zuhud dan pendekatan dengan rakyat akan melahirkan kecintaan. Bayangkan lah dengan diri Rasullullah s.a.w. Bagaimana mungkin rakyat tidak dekat dengannya kalau menjelang ajal pun baginda masih menyebut, “Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku).” Keperihatinan Rasullullah kepada umatnya hampir tidak terbatas.

0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com