Khamis, Julai 09, 2009

Syurga Cinta


Rasanya inilah kali pertama hati ini terkesan melihat filem keluaran Malaysia yang betul-betul meninggalkan kesan dalam hati para penonton tidak kecuali aku sekali. Walaupun aku berada berpuluh ribu kilometer dari tanah air aku, aku tidakterlepas mengikuti arus perdana yang berlaku di negara sendiri. Filem serupa ini bukanlah yang pertama kali pernah disiarkan tapi ia ada mempunyai kelainan dan daya tarikan yang tersendiri untuk mengubah anak bangsa yang bernama MELAYU ISLAM. Aku dapat merasakan aura dan jalan ceritanya dapat memikat hati para menonton untuk menontonnya sekali lagi.

Sebuah filem arahan Ahmad Idham FDAM yang saya rasa sangat mendapat tempat dihati khususnya remaja-remaja diluar sana. Mungkin semua dah tahu jalan cerita yang hampir-hampir dengan filem diseberang kita Indonesia iaitu “Kiamat Sudah Dekat” kalau yang sudah menonton filem memaparkan dua kisah dua insan yang berlainan latar belakang.

Filem yang beri nama “SYURGA CINTA” lakonan mantap oleh Awal Ashaari (Irham) dan gandingan beliau Heliza AF5 (Cikgu Syuhadah) dan dibantu oleh adik Hadziq Tom Tom Bak (Ikmal) benar-benar meninggalkan kesan dalam hati ini. Filem ini mengupas kehidupan dua orang Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Seorang lelaki remaja yang mengamalkan gaya hidup barat bertemu dengan seorang gadis moden yang masih teguh mempertahankan keimanannya kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran. Dan akibat ‘penangan’ cinta seorang gadis moden ini menyebabkan lelaki tersebut mengubah keseluruhan imej dan pegangan jati diri demi mendapatkan cinta agung daripada gadis yang di dicintainya.

Filem ini juga bagi saya berjaya menerapkan unsur-unsur nasihat dan pengajaran dan juga lebih menekankan kepada budaya dan gaya hidup remaja masa kini dan filem ini membawa satu mesej tentang sejauh mana gaya hidup Islam dalam kehidupan remaja. Lebih kepada kesedaran dan pembentukan sakhsiah diri sebagai orang Islam. Dan tidak terlepas juga mencari cinta yang Hakiki sampai ke syurga.

Kata-kata hikmah yang aku dapat dalam filem ini :

“Carilah rezeki seperti kita mahu menongkat dunia dan Perbanyakan amal ibadat seperti kita ingin mati keesokannya”

“Ada manusia yang mengaku dirinya ‘alim’ berjubah, berserban dan berjanggut tapi hatinya kotor, cakap tak serupa bikin. Sekadar ‘alim’ disisi manusia tapi hina disisi ALLAH”

“Setiap manusia pasti melakukan kesalahan dimana wujudnya penyesalan namun penyesalan itu harus didahulukan dengan taubat”

“Berdoa bukan ketika kita menghadapi kesulitan sahaja tapi masa senanglah kita memperbanyakkan doa kita. Barulah masa kita hadapi masalah ALLAH akan bersama kita”

“Cinta memerlukan cinta, kasih sayang yang jelas hingga bercerai nyawa dan badan bukan untuk diperMAINkan dan bukan untuk diperSENDAkan”

Jodoh Terbahagi Kepada Tiga :

1. Jodoh dari Syaitan

2.Jodoh dari Jin

3. Jodoh dari Allah (Dan inilah dinamakan “SYURGA CINTA”)

Kalau nak tahu huraian tentang jodoh tu tengok la “SYURGA CINTA” Moga kata-kata tersebut dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.

Aku harapkan agar industri perfileman kita dapat mengeluarkan filem-filem yang betul-betul membicarakan tentang Islam khususnya buat remaja-remaja di masa akan datang. Insyllah.

4 comments:

insan berkata...

Salam,emmh,dh tgk ke?kat sana pun ada filem m'sia ye..power la..hrpnya byk lg filem yg mcm ni pd masa akn dtg..

$hakirShafiee™ berkata...

salam. ada tapi kena donlod la. hihi.
insylaah. sama2 kita doakan yer.. amin

hya hidayah berkata...

saLam

mesej yang disampaikan dari filem ini tidak dinafikan memang positif dan sepatutnya mendapat tempat di kalangan masyarakat malaysia...

walaubagaimanapun, sudah banyak filem2 dan cerita sebegini disiarkan,,kebanyakan mengenai cinta sesama manusia...bukan apa kdg2 rs spt sudah tiada isu lainkah?? atau cerita2 sebegini hanya untuk tujuan komersil semata-mata? takut juga sekiranya semua ini hanyalah di atas layar shj..nauzubillah...

semoga setiap perkara baik terhindar dr unsur2 yag boleh mendatangkan kemurkaan Allah kerana:
"niat tidak menghalalkan cara"



wallahu'alam (^-^)

$hakirShafiee™ berkata...

Insyllah..
kita doa kan same2 yer. Ameen

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com