Jumaat, Julai 03, 2009

Bye-Bye Bayt Malizi

Sekadar hiasan


Ya allah.

Mampukah aku melawan segala mehnah dan tribulasiMu. Aku hanya insan yang lemah sebagai hambaMu. Sesunguhnya berkatilah segala gerak kerja buat aku. Monoloq aku setiap malam sebagai musafir di negara orang....

Sengal-sengal dibadan baru rasa dah hilang sedikit. Kesakitan yang tak penah dirasai di tanah air sendiri. Tapi apabila bergelar seorang mahasiswa timur tengah ni tak akan terlepas dengan adegan berpindah randah (nomad). Termasuk diri aku. Seminggu mengambil masa untuk berpindah ke rumah baru. Dengan barang-barang yang terlalu banyak. Rasa macam dah jadi warga Jordan plak. Banyak sangat barang nak dibungkus. Hehe. Biasalah dinegara orang ni, macam-macam perkara yang kita tak jangka akan berlaku. Apa yang telah berlaku di Bayt Malizi (rumah lama) akan menjadi kayu ukur untuk aku lebih matang dan lebih mahir bertindak dalam apa jua keadaan.

Alhamdulillah kami selamat memasuki Bayt Malizi Jadid (rumah baru) yang kos sewanya mugkin menyamai menetap di kampung Baru Kuala Lumpur. Kalau pandai teka la bapa sewanya.(kampong Mu’tah la kan). Walaupun Agak mahal tp keselesaan dan kepuashatinan mesti diutamakan kan2.

Klasifikasi Rumah :

Bilik : 4 ukuran (standard 106ح)

Tandas : 1 (standard Masjid Jamiah Bahagi 2)

Dapur : 1 (standard WISMA)

Ruang Tamu : 1 (standard PuskMA)

(Rumah kecik je. Jgn bayang besar-besar yer. Standard rumah orang bujang)

Walaubagaimapun tujuan utama aku adalah untuk menuntut ilmu dan bukanlah untuk mencari keselesaan dan kepuashatinan semata-mata. Tetapi ia merupakan aspek atau faktor untuk seseorang untuk menuntut ilmu. Walaupun setiap orang lain cara dan gaya. Apa-apa pun bagi aku ia merupakan aspek yang utama dalam menuntut ilmu. Kami bersyukur kepada Mu tuhan kerana memudahkan segala urusan kami.

Firman Allah yang bermaksud :

Dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami". Surah kahfi : 7

Kepada kawan-kawan dan ahli rumah yang bertungkus lumus membantu dari hari pertama sehingga selesai semuanya. Moga tuhan sahaja yang membalasnya. Insyallah. Kalau ada rezki dan umur panjang ada kenduri naik rumah baru. (Kena tgk baget dulu) Akan dumumkan kemudian. hehe



0 comments:

All Rights Reserved Copyright©. oleh : www.shakirshafiee .blogspot.com